Jumaat, November 22, 2013

Malam ini sunyi ini, entah apa yang ku rasakan bagai ada yang tidak lengkap tetapi sukarku ungkapkan.....Tak mengapalah biarlah berlalu pergi.....Mmm tak tahu nak taip pasal apa benda....semakin lama semakin ku rasakan hari demi hari perginya dengan begitu pantas sekali ibarat kilat yang sabung-menyabung....tetapi hanya mampu meminta pertolongan pada yang maha esa sahaja....Maaflah jika status ini tidak seperti yang awak semua harapkan awaklah yang sedang baca tu....Salam Sayang Semua.....nak ulangkaji subjek seterusnya....doakan saya cemerlang dalam peperiksaan yang saya tempuhi ini ya....mengharap sangat....

Jumaat yang barakah

Detik ini aku masih lagi mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh warna-warni ini  seperti kebiasaannya. Aku tahu aku sekarang ini diriku dikelilingi dengan dugaan besar iatu peperiksaan SPM yang baru bermula kira-kira 2 minggu lalu pada 6Nov hingga 2Dis ini. Aku sentiasa memanjatkan tanganku lalu berdoa yang tidak seberapa ini kepada Tuhanku Allah s.w.t agar sentiasa dipermudahkan segala urusan yang bakalku jalani dan jangan dipersulitkannya. Moga apa yang telah ku lakukan hari ini mendapat keberkatan daripadanya dan sentiasa dilindungi dalam apajua situasi sekalipun....Amiinnn.

Khamis, November 21, 2013

Alu-aluan

Insan ini  mula berjinak-jinak menceburkan diri dalam dunia penulisan yang telah lama wujud seiring dengan kepesatan era sains dan teknologi ini. Dengan harapan yang menggunung setinggi Gunung Kinabalu ini berharap agar warga blogger disini memberikan kerjasama dalam membantu apa jua aspek yang diri ini hadapi...Salam dunia blogger...

Muqadimah

Sebagai pembuka bicara, nama diberi Mohamad Badrul Hidayat bin Ibrahim, insan  bulan Disember,  Anak jati diri Perak tapi dibesarkan di Johor...ambil UPSR 2008, PMR 2011, SPM 2013....Seorang yang mudah berkawan tapi malu-malu kucing, Jujur tidak dapat menghayati sesebuah perhubungan, lebih menjurus kepada persahabatan...gemar bersosial tetapi tidak keterlaluan...pandai jaga hubungan...masih belajar dan terus menuntut ilmu.....D I R I I N I